Prosis
PengenalanProsis
 

Program Siswa Sihat

PROSIS menggunakan beberapa strategi dalam Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD) yang menggariskan tujuh (7) strategi utama:

  1. Pencegahan dan Promosi Kesihatan
  2. Rawatan klinikal
  3. Memperkasakan pesakit
  4. Tindakan bersama badan bukan Kerajaan (NGO), badan-badan profesional dan lain-lain pihak yang berkaitan
  5. Pemantauan, penyelidikan dan survelan
  6. Bina insan (capacity building) dan
  7. Intervensi polisi dan peraturan-peraturan

 


Konsep

Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan "Dari Siswa , Melalui Siswa, Untuk Siswa"

Objektif

Membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol.

Tema

"Siswa Sihat, Siswa Cergas"

Skop

Program ini memfokuskan elemen-elemen cara hidup sihat iaitu:-

  1. Lakukan Aktiviti Fizikal
  2. Makan Secara Sihat
  3. Tidak Merokok
  4. Pupuk Minda Sihat
  5. Sihat tanpa alkohol

Logo

Definisi Logo

  • Gambar siswa/i
    Siswa/i yang cergas dan sihat
  • Bubble Talk
    Hasrat dan kata-kata daripada seluruh siswa/i yang akan menerajui negara pada masa hadapan.
  • Lakaran oren,biru dan hijau
    Elemen cara hidup sihat yang diterapkan dalam kehidupan siswa/i bagi memastikan siswa/i membudayakan amalan cara hidup sihat.

Logo

Kumpulan M10 adalah ‘champion’ atau agen dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan program promosi kesihatan di kampus. Ia  terdiri  daripada sekumpulan siswa siswi yang dipilih atau secara sukarela menjadi agen/penggerak dalam menjalankan program intervensi yang berkaitan cara hidup sihat.

M10 berperanan dalam merancang, melaksana, menyelaras dan menilai aktiviti pendidikan kesihatan di IPT masing-masing.  Kumpulan ini juga akan bertindak sebagai pemangkin (catalyst) dalam mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan rakan siswa siswi di kampus. Kini terdapat 13 buah IPT telah memulakan program ini dengan bilangan ahli kumpulan M10 seramai 310 orang.

Istilah "M10" iaitu mahasiswa mengamalkan berjalan 10,000 langkah setiap hari oleh ahli kumpulan M10. Oleh itu, M10 sentiasa menjadikan aktiviti berjalan 10,000 langkah sebagai agenda utama. Justeru itu, trek berjalan telah diwujudkan di IPT bagi membudayakan amalan ini dan sehingga kini terdapat 10 trek berjalan 10,000 langkah telah diadakan di IPT berkenaan.

IPT yang telah memulakan PROSIS dan menubuhkan kumpulan M10 adalah seperti berikut:

  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
  2. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan
  3. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah
  4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis
  5. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Dungun, Terengganu
  7. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor
  8. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah, Pahang
  9. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Melaka
  10. Alliance University College of Medical Sciences (AUCMS), Kepala Batas, Pulau Pinang)
  11. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor
  12. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak
  13. Institut Penguruan Guru Kampus Batu  Lintang, Kuching, Sarawak